DIHARAP RAKYAT MALAYSIA BERHATI-HATI DENGAN SINDIKET PENIPUAN INTERNET YANG BERPURA-PURA INGINKAN PENGESAHAN NO PIN DAN AKAUN MAYBANK2U DAN PUBLIC BANK INTERNET BANKING.
SINDIKET INI AKAN MENGHANTAR EMAIL UNTUK PENGESAHAN PASSWORD DAN NO LOGIN ID PERBANKAN INTERNET.
WEB YANG DIPAPARKAN MENYERUPAI LAMA WEB SEBENAR MAYBANK2U DAN PUBLIC BANK.
DIHARAP PENGGUNA INTERNET BANKING BERHATI-HATI SUPAYA TIDAK MEMASUKKAN LOGIN ID DAN PASSWORD ANDA JIKA DIMINTA.
HARAP MAKLUM
Wednesday, August 20, 2008
Sunday, August 17, 2008
PERAK PUN PERAK LAAA.......

Pemain badminton negara Lee Chong Wei gagal untuk mendapatkan pingat emas pertama negara dalam penglibatan olimpik. Malaysia hanya mendapat 2 perak dan 2 gangsa sepanjang penglibatan.
Chong Wei kecundang kepada pemain nombor satu dunia dan juga pilihan utama dari China, Lin Dan 21-12, 21-8.
Kekalahannya menamatkan pemburuan emas negara pada temasya di Beijing kali ini kerana badminton adalah satu-satunya sukan yang mempunyai harapan cerah untuk misi pencarian itu.
Namun, kemampuan Chong Wei mara ke perlawanan akhir tetap membanggakan kerana ia adalah pingat pertama dimenangi kontinjen negara selepas pulang dengan tangan kosong pada dua temasya sebelumnya, Sydney 2000 dan Athens 2004
Thursday, August 14, 2008
MALAYSIA KU GEMILANG (LIRIK)

piC BY:Roslan Tangah (aka Rasso) -FLICKER
LIRIK LAGU
Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan
Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta
Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur
Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang
Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya
Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun
Wednesday, August 13, 2008
OLIMPIK OH OLIMPIK
Sumber: Harian Metro Edisi Internet
TUMBANGNYA satu demi satu atlit Malaysia di Beijing, menghadirkan rasa bimbang Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob (gambar) yang bagaimanapun sedia menerima hakikat kegagalan kempen Olimpik kali ini, jika kontinjen negara terpaksa pulang tangan kosong.
Beliau yang mengakui pintu mendapatkan pingat masih belum tertutup sepenuhnya kerana masih ada wakil negara dalam acara badminton manakala berbasikal hanya akan bermula esok, bagaimanapun sudah bersedia untuk menerima hakikat kegagalan buat kali ketiga berturut-turut, seperti mana di Sydney 2000 dan Athens, empat tahun lalu.
“Hendak cakap apa?,” tanyanya kepada wartawan sebelum memulakan sidang media selepas makan tengah hari di Restoran Awana, Beijing, semalam. “Semua sudah kalah.”
Bagaimanapun, Ismail Sabri pantas memberitahu kegagalan itu harus diterima dengan hati terbuka tanpa perlu terlalu mempertahankannya.
“Kalau tak berjaya, kita kena terima kegagalan itu. Hakikatnya, kita gagal,” katanya. “Tak boleh kata kita gagal dengan bergaya kerana gagal tetap gagal,” katanya.
Sambil menggesa supaya tidak ‘menghalalkan’ kegagalan itu dengan pencapaian peribadi terbaik dan rekod kebangsaan, beliau berkata, setiap kegagalan itu seharusnya dipandang dari sudut positif.
Malaysia menaruh harapan terhadap badminton, berbasikal dan memanah untuk membawa pulang pingat kali ini. Tapi, impian daripada skuad memanah recurve lelaki sudah berkubur apabila mereka tersingkir di suku akhir.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, beliau kena berlaku adil terhadap atlit seperti renang, terjun dan angkat berat yang sememangnya datang untuk menang, tapi tidak mempunyai sebarang harapan menyerlah di temasya berprestij ini, terutama apabila mereka layak hanya ‘cukup makan’, selain ada yang beraksi di bawah Kategori B.
“Tapi, kita mesti lakukan sesuatu dari sekarang. Kita hanya ada empat tahun lagi. Saya sendiri sudah tidak larat menjawab tunggu next Olimpik...tunggu next Olimpik setiap kali orang tanya bila kita nak menang pingat,” katanya sambil memberitahu wang rakyat yang dibelanjakan harus dikembalikan dengan membawa pulang pingat.
Justeru, sebagai langkah awal, beliau yang dilantik Menteri Belia dan Sukan, April lalu, mencadangkan beberapa perkara, termasuk mengadakan Mini Olimpik Malaysia bagi sukan yang acaranya hanya dipertandingkan di Olimpik.

Subscribe to:
Comments (Atom)