
Pemain badminton negara Lee Chong Wei gagal untuk mendapatkan pingat emas pertama negara dalam penglibatan olimpik. Malaysia hanya mendapat 2 perak dan 2 gangsa sepanjang penglibatan.
Chong Wei kecundang kepada pemain nombor satu dunia dan juga pilihan utama dari China, Lin Dan 21-12, 21-8.
Kekalahannya menamatkan pemburuan emas negara pada temasya di Beijing kali ini kerana badminton adalah satu-satunya sukan yang mempunyai harapan cerah untuk misi pencarian itu.
Namun, kemampuan Chong Wei mara ke perlawanan akhir tetap membanggakan kerana ia adalah pingat pertama dimenangi kontinjen negara selepas pulang dengan tangan kosong pada dua temasya sebelumnya, Sydney 2000 dan Athens 2004

No comments:
Post a Comment